
Oleh Hashim Sha’ri (Johor Bharu)
JOHOR BAHRU, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Program Bantuan Kebajikan Parlimen Johor Bahru merupakan dana yang diperuntukkan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahril Abdul Samad bagi membantu masyarakat, terutama warga emas, orang kelainan upaya (OKU) , penghidap penyakit kronik dan yang hilang punca pendapatan bagi menampung sara hidup mereka.
Bantuan kewangan diberikan secara tetap pada setiap bulan melalui kunjungan mesra oleh Badan Kebajikan Parlimen Johor Bahru yang diketuai oleh Pengerusinya, Faridah Mustafa.
Semalam, Faridah menyampaikan bantuan kewangan kepada tiga orang penerima, termasuk Mahgeswari A/P Sapavathee , pesakit sakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis di Hospital Sultanah Aminah, warga emas Hassan Zakaria, yang mengidap pelbagai penyakit kronik dan OKU, Wai See Eng.