Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bantuan Kebajikan Rumah Ke Rumah Meringankan Beban Hidup

By 6 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hashim Sha’ri (Johor Bharu)

JOHOR BAHRU, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Program Bantuan Kebajikan Parlimen Johor Bahru  merupakan dana yang diperuntukkan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahril Abdul Samad bagi membantu masyarakat, terutama warga emas, orang kelainan upaya (OKU) , penghidap penyakit kronik dan yang hilang punca pendapatan bagi menampung sara hidup mereka.

Bantuan kewangan diberikan secara tetap pada setiap bulan melalui kunjungan mesra oleh Badan Kebajikan Parlimen Johor Bahru yang diketuai oleh Pengerusinya, Faridah Mustafa.

Semalam, Faridah menyampaikan bantuan kewangan kepada tiga orang penerima, termasuk Mahgeswari A/P Sapavathee , pesakit sakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis di Hospital Sultanah Aminah,  warga emas Hassan Zakaria, yang mengidap pelbagai penyakit kronik dan OKU, Wai See Eng.

 

Tinggalkan komen anda