Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Perkampungan Orang Asli Terus Nikmati Kemakmuran

By 12 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan bersama-sama JAPERUN Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri Melaka telah menjelajah ke kampung orang asli untuk menyemarakkan semangat menyambut Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun.

Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Machap Jaya Datuk Rospandi Leman, berkata kerajaan negeri ingin memastikan kemajuan di kampung orang asli ini juga setanding dengan kampung-kampung lain.

“Diharapkan dengan kelengkapan segala infrastruktur asas seperti elektrik dan air, akan dapat meningkatkan mutu kehidupan di kampung ini.

Datuk Rospenadi Leman memberi ucapan.

Datuk Rospenadi Leman memberi ucapan.

“Kerajaan negeri sentiasa membantu masyarakat orang asli dalam meningkatkan mutu kehidupan dan kebajikan mereka,” katanya ketika ditemui semasa program Sepakat@Komuniti di Kampung Orang Asli Bukit Payung, di sini semalam.

Tambah Rospandi, beliau berharap agar masyarakat orang asli dapat hidup bekerjasama antara satu sama yang lain dan tidak berpecah belah terutama dalam pengurusan kebajikan penduduk kampung.

-FF

Tinggalkan komen anda