Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

[KEMAS KINI] Warga Segambut Semai Perpaduan, Raikan Hari Malaysia

By 16 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Inthran krishnan/Wan Muhammad Afiq Wan Mokhtar (WPKL)

KUALA LUMPUR, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP) bekerjasama dengan komuniti Segambut Dalam menganjurkan Program Sepakat@Komuniti Parlimen Segambut bagi meraikan Hari Malaysia.

Pengerusi Alumni 4B Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Bakhtiar Adnan, berkata program sebegitu mampu membangkitkan semangat perpaduan selain menyemai rasa cintakan negara.

“Marilah kita menguatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat selain sama-sama  berjuang seperti dalam memerangi pandemik COVID-19.

Dari kiri: Haji Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi, Dato’ Mahathir Sulaiman, Dato’ Bakhtiar Adnan dan Kyadizah Abd Hamid pada Program Sepakat@Komuniti Parlimen Segambut.

Dari kiri: Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi, Datuk Mahathir Sulaiman, Datuk Bakhtiar Adnan dan Kyadizah Abd Hamid pada Program Sepakat@Komuniti Parlimen Segambut.

“Kemerdekaan dan pembentukkan Malaysia perlukan penghayatan yang mendalam kerana ia tidak akan dicapai tanpa pergorbanan,” katanya ketika ditemui pada Program Sepakat@Komuniti Parlimen Segambut di Dewan Komuniti Segambut Dalam, di sini semalam.

Program tersebut disempurnakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mahathir Sulaiman.

Beliau bersama Pegawai Penerangan Daerah Segambut/Lembah Pantai, Kyadizah Abd Hamid menyampaikan sumbangan kepada penduduk selain penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Segambut Dalam.

Sesi bergambar bersama komuniti Segambut Dalam di Program Sepakat@Komuniti.

Sesi bergambar bersama komuniti Segambut Dalam di Program Sepakat@Komuniti.

Salah seorang penduduk Segambut Dalam yang menghadiri program tersebut, Madihah Kamal, 52, berkata program seumpana ini dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia dalam komuniti setempat.

“Konsep mewujudkan suasana kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam program ini merupakan salah satu kunci agar membuka hati orang ramai menghayati kemerdekaan dan Hari Malaysia,” katanya.

Program Sepakat@Komuniti yang diadakan sempena menyambut Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia itu turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda