Skip to main content
Berita TimurTerengganu

1,289 Pelajar Marang Terima Vaksin Pfizer

By 22 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi/ Mohd Nor Hamzah (Marang)  

MARANG, 22 Sep (Malaysiaaktif)– Seramai 1,289 pelajar sekolah menengah di Daerah Marang telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer BioNtech sempena Program Vaksinasi COVID-19 bagi pelajar-pelajar sekolah menengah yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, di sini.

Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu Mohd Nor Hamzah, berkata beliau sangat berterima kasih dan merasa terharu dengan sokongan dan kesungguhan para ibu bapa yang sanggup bersama-sama menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan program vaksinasi negara.

“Program yang pertama kali diadakan di Daerah Marang ini melibatkan pelajar-pelajar tahap dua iaitu tingkatan empat, lima dan enam daripada empat buah sekolah termasuk SMK (Agama) Durian Guling, SMK Tun Telanai dan SMK Seri Payong selain SMK Bukit Sawa sebagai Pusat 1 bagi vaksinasi para pelajar.

Khemah untuk ibu bapa turut disediakan sementara menunggu giliran vaksinasi anak mereka.

Khemah untuk ibu bapa turut disediakan sementara menunggu giliran vaksinasi anak mereka.

“Sekolah akan mula beroperasi tidak lama lagi. Jadi, sebagai langkah untuk keselamatan dan berjaga-jaga, vaksinasi kepada para pelajar terutama yang akan menduduki peperiksaan amat perlu disegerakan memandangkan COVID-19 tidak mengenal sesiapa,” katanya yang ditemui sempena program di sekolah tersebut, di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd Nor turut menyantuni ibu bapa yang setia menunggu anak-anak mereka menerima suntikan vaksin mengikut giliran yang ditetapkan.

Sebilangan pelajar yang telah selesai mendaftar dan menunggu giliran untuk divaksin.

Sebilangan pelajar yang telah selesai mendaftar dan menunggu giliran untuk divaksin.

Meninjau keadaan dan keperluan untuk program vaksinasi ini, Pegawai Kesihatan Daerah Marang Dr. Tan Sin Yew, berpuas hati dengan persediaan yang telah dilaksanakan oleh pihak SMK Bukit Sawa memandangkan jumlah pelajar yang divaksin adalah dalam skala besar kerana mengumpulkan pelajar daripada beberapa buah sekolah bagi sesebuah pusat vaksinasi.

“Bagi program vaksinasi untuk pelajar, kita telah mengenal pasti dua buah lagi sekolah iaitu SMK Pengkalan Berangan dan SMK Seri Serating sebagai Pusat Vaksinasi pelajar yang akan mengumpulkan pelajar daripada sekolah berhampiran untuk hari berikutnya,” katanya.

Mohd Nor Hamzah bersama Pegawai Daerah, Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah membuat tinjauan tempat pendaftaran vaksinasi.

Mohd Nor Hamzah bersama Pegawai Daerah, Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah membuat tinjauan tempat pendaftaran vaksinasi.

Dr. Tan turut mengharapkan agar ibu bapa berterusan memberi sokongan dan membenarkan anak-anak divaksin untuk keselamatan apabila pembelajaran secara bersemuka bermula nanti.

-ii-

Tinggalkan komen anda