Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Peruntukan RM1 Juta Kampung Angkat MADANI Pacu Pembangunan Komuniti Sungai Keladi

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aiman Alimin (Kelantan)

KOTA BHARU, 30 Mei (MalaysiaAktif) – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa kesejahteraan rakyat terus dilaksanakan menerusi peruntukan RM1 juta kepada Kampung Sungai Keladi di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI, sekali gus memacu pembangunan komuniti secara menyeluruh dan berimpak tinggi.

Menerusi peruntukan tersebut, pelbagai projek pembangunan dan kebajikan berjaya direalisasikan merangkumi aspek infrastruktur, kemudahan awam serta perumahan, selaras dengan keperluan sebenar masyarakat setempat.

Menurut Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail, Pengarah ICU JPM Kelantan, pihaknya akan terus memastikan setiap inisiatif kerajaan dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan memberi manfaat nyata kepada masyarakat setempat, selaras dengan hasrat membina negara yang inklusif, prihatin dan sejahtera.

“Antara projek utama yang dilaksanakan termasuk kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Masjid Mukim Tanjung Chat, penaiktarafan jalan kampung serta pembaikan jambatan perhubungan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penduduk.

“Usaha menaik taraf Surau Kampung Sungai Keladi turut dilaksanakan bagi menyediakan tempat ibadah yang lebih selesa,” katanya ketika ditemui semalam.

Selain itu, peruntukan ini turut dimanfaatkan untuk menaik taraf pagar tanah perkuburan dan Madrasah Tok Guru Haji Omar di Jalan Tok Guru Haji Omar, selain membaik pulih 15 unit rumah terpilih di bawah Program Kampung Angkat MADANI Sungai Keladi.

Majlis penyerahan projek turut diserikan dengan Program Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha 1447H hasil kerjasama strategik bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad, melibatkan agihan daging korban kepada 280 penerima serta sumbangan telur dan bakul makanan kepada keluarga eKasih.

-AA-

Tinggalkan komen anda