Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok

By 10 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri di seluruh negara berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.

“Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada polis bermula esok,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan platform media sosial petang ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda