
Laporan /foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 14 Feb ( Malaysiaaktif) – Peningkatan kes positif COVID-19 baru-baru ini membuka mata ramai masyarakat tentang pentingnya pengambilan dos penggalak dalam memastikan pelindungan yang optimum.
Tinjauan di Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) di Dewan D’SURY, Kuala Klawang hari ini kelihatan ramai orang yang hadir secara kunjungan terus (walk in) untuk mendapatkan dos penggalak mereka.
Orang ramai yang menetap di sekitar Jelebu yang ingin mendapatkan dos penggalak boleh hadir terus ke Dewan D’SURY Kuala Klawang tanpa perlu membuat temujanji. Waktu operasi pada hari Isnin hingga Khamis bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
-ZS-