Skip to main content
HomeKedahMA

Jentera Penuai Padi Tarikan Utama Pameran Peralatan Pertanian

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Jentera penuai, pembajak, lori serta drone pelbagai guna antara tarikan utama Pameran Jentera Pertanian anjuran syarikat Amna Utilities. Pameran ini diadakan di kawasan sawah Kampung Alor Jawi, Jalan Kota Kuala Muda, Kedah. Menurut anak kepada pemilik Syarikat Almina Utilities, Muhd Syahmi Amirrodin 26, pameran ini adalah bagi mempamerkan peralatan dan jentera pertanian khususnya jentera penuai padi yang jarang diketahui umum.

Pemilik Amna Utilities bersama drone untuk kegunaan pertanian.

Pemilik Amna Utilities bersama drone untuk kegunaan pertanian.

Pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran, tetapi boleh menderma bagi tabung wakaf tanah perkuburan RM 10 ringgit, ini adalah atas inisiatif pemilik syarikat berkenaan, Haji Amirrodin Abd.Hamid.” Pameran ini diadakan selama seminggu dan pengunjung tidak dibenarkan membuat sebarang nyalaan api demi keselamatan jentera dan pengunjung”.

-ZS-

Tinggalkan komen anda