Skip to main content
HomeMANegeri Sembilan

Semakin Ramai Ambil Dos Penggalak

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan /foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 14 Feb ( Malaysiaaktif) – Peningkatan kes positif COVID-19 baru-baru ini membuka mata ramai masyarakat tentang pentingnya pengambilan dos penggalak dalam memastikan pelindungan yang optimum.

Tinjauan di Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) di Dewan D’SURY, Kuala Klawang hari ini kelihatan ramai orang yang hadir secara kunjungan terus (walk in) untuk mendapatkan dos penggalak mereka.

Penerima Dos Penggalak.

Penerima Dos Penggalak.

Orang ramai yang menetap di sekitar Jelebu yang ingin mendapatkan dos penggalak boleh hadir terus ke Dewan D’SURY Kuala Klawang tanpa perlu membuat temujanji. Waktu operasi pada hari Isnin hingga Khamis bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda