
Laporan/foto: Mohd. Irman/Nol Ainil Hayati
TEMERLOH, 15 Feb (Malaysiaaktif)- Penduduk Taman Temerloh Jaya menyambut baik pembukaan Pasar Malam KRT Taman Temerloh Jaya.
Rata-rata penduduk amat gembira dengan pembukaan pasar malam tersebut kerana mudah mendapatkan keperluan seperti makanan basah, makanan kering, buah-buahan dan makanan sedia masak yang sedia terjual di situ.
Majlis ringkas pembukaan pasar malam tersebut dirasmikan oleh Dr. Fitri bin Abu Bakar mewakili Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh.
Dr. Fitri dalam ucapannya turut mengingatkan semua agar menjaga kebersihan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 agar semua mendapat manfaat sepenuhnya daripada pembukaan pasar malam tersebut.
-ZS-