Skip to main content
HomeMAPahang

Pembukaan Pasar Malam Taman TJ Manfaatkan Peniaga dan Penduduk.

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd. Irman/Nol Ainil Hayati

TEMERLOH, 15 Feb (Malaysiaaktif)- Penduduk Taman Temerloh Jaya menyambut baik pembukaan Pasar Malam KRT Taman Temerloh Jaya.

Rata-rata penduduk amat gembira dengan pembukaan pasar malam tersebut kerana mudah mendapatkan keperluan seperti makanan basah, makanan kering, buah-buahan dan makanan sedia masak yang sedia terjual di situ.

Penduduk taman berpuas hati dan gembira dengan pembukaan pasar malam tersebut.

Penduduk taman berpuas hati dan gembira dengan pembukaan pasar malam tersebut.

Majlis ringkas pembukaan pasar malam tersebut dirasmikan oleh Dr. Fitri bin Abu Bakar mewakili Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh.

Dr. Fitri dalam ucapannya turut mengingatkan semua agar menjaga kebersihan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 agar semua mendapat manfaat sepenuhnya daripada pembukaan pasar malam tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda