Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

30 Pelajar Asnaf Cameron Highlands Dirai

By 16 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Saziana

CAMERON HIGHLANDS, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang pelajar asnaf diraikan dan menerima sumbangan wang tunai daripada pihak pengurusan Cameron Fair dan Hotel Avillion sempena Program Amal Bakti Bersama Anak-anak Asnaf Cameron Highlands di sini kelmarin.

Salah seorang pelajar asnaf yang ditemui Nur Syazwani Irwayu Suhaimi meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan sumbangan yang diterima.

“Hari ini saya seronok sangat kerana dapat berkumpul bersama kawan-kawan di majlis ini dan bersyukur kerana dengan sumbangan ini dapat membantu saya dan adik-adik untuk membeli barang keperluan sekolah,”katanya.

Ahli Parlimen Cameron Highlands Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor yang hadir memuji program Corporate Social Responsibility (CSR) tersebut kerana membantu masyarakat setempat yang kurang berkemampuan.

Anak-anak asnaf juga dibawa berjalan-jalan ke sekitar tempat-tempat menarik di Cameron Highlands seperti di MARDI dan Animal Feeding Rainbow Garden.

-ZS-

Tinggalkan komen anda