Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Penyatuan Kaum Melalui Sukan Rakyat

By 19 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

AULONG, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Sukan rakyat berjaya menyatu padukan pelbagai kaum di Taiping khususnya di Kampung Boyan menerusi Program Hari Keluarga Malaysia.

Pengerusi Kawasan Tukun Tetangga (KRT) Kampung Boyan Khoo Chang Yau Seong berkata selaras dengan seruan Perdana Menteri mengenai Keluarga Malaysia, acara sebegini wajar diadakan di seluruh pelosok kawasan bagi menyatukan kesemua kaum yang ada di negara ini.

“Acara sukan rakyat dipilih kerana sangat sesuai untuk menyatukan kesemua kaum berikutan sukan yang dianjurkan adalah permainan tradisi sejak turun temurun.

“Antara sukan rakyat yang dipertandingkan adalah Street Soccer 3×3, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, sukaneka, lukisan kolam atau ranggoli dan tulisan kaligrafi Cina,” ujarnya ketika ditemubual di Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda