Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Jerayawara Townhall Beri Peluang kepada Pelajar Lepasan Sekolah

By 21 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir

NIBONG TEBAL, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Program Jerayawara peringkat Negeri Pulau Pinang anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan telah diadakan di Dewan Dato Hj Ahmad Salleh, di sini semalam.

Menurut ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim program tersebut melibatkan pelajar lepasan sekolah berumur 18 hingga 40 tahun yang tidak cemerlang dan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau hanya bersekolah separuh serta tercicir dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka melalui Malaysia Productivity Corporation (MPC) dibawah Academy In Factory (AIF).

“Selain itu mereka akan diberi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang kerja dan yang sedang mereka belajar,” katanya semasa merasmikan program tersebut.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Pulau Pinang Wan Sajiri Wan Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda