Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Nancy Pelosi Adakan Kunjungan Hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat

By 2 Ogos 2022Ogos 3rd, 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak/Idhamcaturnanda Putra (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi bersama delegasi kongres mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun di bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur pada tengah hari tadi.

Pesawat khas yang membawa Pelosi dan delegasinya mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada 10.30 pagi.

Pelosi yang tiba di bangunan Parlimen pada pukul 12.30 tengah hari turut menurunkan tandatangan pada buku pelawat.

Malaysia adalah persinggahan kedua Pelosi selepas semalam ke Singapura daripada rangka lawatan rasmi ke empat negara Asia sebelum ke Korea Selatan dan Jepun.

Pelosi yang merupakan pemimpin nombor tiga di AS dan satu-satunya wanita yang pernah berkhidmat sebagai Speaker dewan.

“Lawatan itu antara lain akan menumpukan kepada isu keselamatan bersama, perkongsian ekonomi dan tadbir urus demokratik di rantau Indo-Pasifik,” menurut kenyataan akhbar pejabat Pelosi.

Selepas pertemuan tersebut beliau seterusnya menghadiri jamuan makan tengah hari dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel terkemuka di sini.

Malaysia dan AS telah menjalin hubungan diplomatik sejak tahun 1957 apabila Malaya merdeka daripada Britain.

-Bernama

Tinggalkan komen anda