Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Festival Makanan Tradisional Mampu Mengangkat Tradisi Budaya

By 2 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Punithen Thendayuthapani/PPKI Temenggong (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Festival Makanan Tradisional Kuala Kangsar anjuran Majlis Kebudayaan Daerah Kuala Kangsar merupakan satu platform untuk memartabat warisan dan budaya masyarakat kita.

Naib Pengerusi (1) Majlis Kebudayaan Daerah Kuala Kangsar Dr. R. Naderasa berkata program tersebut adalah satu langkah proaktif dalam memartabatkan warisan khususnya berhubung khazanah budaya dan bangsa kepada generasi hari ini.

“Selain itu, ia mampu memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian menu masakan tradisional yang semakin kurang dihasilkan dan mengetengahkan makanan tradisional yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan.

“Penganjuran ini juga mendedahkan kepada masyarakat mengenai makanan dan masakan warisan etnik di Malaysia selain menarik minat untuk sama-sama memelihara warisan bangsa yang menjadi kebanggaan serta mengukuhkan perpaduan antara kaum,” katanya ketika ditemui Dataran Pavilion, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda