
Laporan/foto: Siti Nor Aishah Che Hassan/Nor Emylia Lot
KUALA NERUS, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dizahirkan dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang menarik dan bercorak kemerdekaan sepanjang Bulan Kebangsaan ketika ini.
Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Seberang Takir Zakaria Dagang berkata inisiatif penganjuran Program Merdeka@Komuniti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Pejabat Penerangan Daerah adalah tindakan tepat bagi memastikansemangat kemerdekaan dapat dihayati oleh setiap warganegara.
“Pada kali ini kami menganjurkan Program Merdeka@Komuniti; Jelajah Merdeka yang mana program ini bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk beriadah dan mendapatkan kesihatan yang baik tetapi pada masa yang sama menggelorakan lagi semangat cintakan negara,” katanya ketika ditemuramah di program berkenaan, di sini baru-baru ini.
Menurut Zakaria pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan di setiap komuniti setempat antaranya tayangan video kemerdekaan, larian merdeka, pertandingan pakaian beragam, pemasangan Jalur Gemilang di setiap premis perniagaan dan rumah dan sebagainya.
-ZS-