Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konvoi Komuniti Keluarga Malaysia Tingkat Semarak Gemilang

By 23 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

BUKIT PIATU UTARA, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu menyantuni Komuniti Keluarga Malaysia Pengkalan Batu di Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tahun ini sempena Program Merdeka@Komuniti : Konvoi Semarak Gemilang, di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Kalsom Noordin berkata program konvoi tersebut dapat menyemarakkan bulan kemerdekaan dan juga meningkatkan semangat patriotisme masyarakat setempat.

“Saya berasa sangat teruja dan bangga terhadap penduduk dan peniaga yang memasang bendera di kediaman dan kawasan perniagaan masing-masing bagi menunjukkan semangat kemerdekaan mereka,” ujarnya.

Konvoi dengan 80 buah motorsikal dan 10 buah kereta buatan Malaysia, Proton yang diketuai oleh kenderaan Jabatan Penerangan telah menjelajah sekitar Pengkalan Batu dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan memainkan lagu patriotik bagi menyemai semangat cintakan tanah air dalam kalangan rakyat.

Sebanyak 500 helai Jalur Gemilang serta 300 kit makanan turut diedarkan kepada masyarakat setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda