Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

MPIB Komited Pastikan Industri Nanas Berkembang

By 23 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Taufiq Firdaus Md.Nor

BESUT, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Lembaga Perindustrian Nanas sentiasa memberi komitmen bagi memastikan industi nanas negara terus berkembang.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) Onn Abdul Shukor Tahiruddin, ia juga bagi memastikan para peserta mempunyai ilmu dalam menceburi bidang industri nanas ini

“Kursus ini menggabungkan dua kategori peserta iaitu peserta tanaman nanas dan peserta agropreneur muda yang merupakan kombinasi orang lama dan orang baharu,” katanya semasa merasmikan majlis penutupan Kursus Teknologi Tanaman Nanas dan Agropreneur Muda anjuran MPIB, di sini baru-baru ini.

Seorang peserta kursus Marwan Majdi, 23, dari Kuala Terengganu meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk mengikuti kursus tersebut bagi menimba ilmu dan pengalaman baru dalam bidang tananam nanas.

Seramai 60 orang peserta telah berjaya menjalani kursus tersebut yang diadakan selama tiga hari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda