Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Belia Kongsi Rasa Patriotisme KMKM 2022

By 18 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin

TELUPID, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Belia berkongsi semangat patriotisme apabila dilibatkan dalam aktiviti Program Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM2022).

Pelatih Institut Perhutanan Sabah (IPS), Prisca Ponny, 22, yang terlibat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan para ahli konvoi KMKM berasa teruja dapat menyertai program itu.

“Bagi saya, lagi seronok membuat aktiviti sebegini berbanding duduk mendengar taklimat.

“Hal ini kerana lumrah belia yang bersemangat dan aktif melakukan aktiviti sedemikian,” katanya ketika ditemui di Dewan IPS, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nellster Agong, 20, berkongsi mengatakan bahawa Jalur Gemilang harus dikibar setiap masa bukan hanya pada Bulan Kebangsaan sahaja.

“Semangat kibar Jalur Gemilang perlu diterapkan setiap masa dan bendera wajib dipasang setiap premis dan bangunan yang ada di negara ini,” katanya yang juga merupakan pelatih IPS.

-ZS-

Tinggalkan komen anda