Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

YIDE Agih 300 Jalur Gemilang Untuk 22 Rumah Kebajikan

By 19 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

KLANG, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengedarkan sebanyak 300 Jalur Gemilang kepada 22 buah rumah kebajikan anak-anak yatim seliaan YIDE bagi menyemarakkan bahang kemerdekaan tahun ini.

Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah, berkata program seumpama ini adalah pertama kali dilaksanakan pihaknya selepas tertangguh akibat penularan pandemik COVID-19.

“Ini adalah inisiatif YIDE untuk membangkitkan semangat patriotik khususnya kepada anak-anak yatim atau penghuni di seluruh rumah kebajikan seliaan YIDE selain menguar-uarkan kepada hampir 8,000 anak yatim individu melalui penjaga mereka untuk mengibarkan bendera Malaysia di kediaman masing masing dengan konsep satu rumah satu bendera” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, sempena sambutan kemerdekaan tahun ini kita seharusnya mengambil peluang menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda