
Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)
BOTA, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 16 daripada 17 buah kampung di Mukim Bota mengambil bahagian dalam Pertandingan Sepanduk bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan kali ke-65.
Penghulu Mukim Bota Nor Shahidah Ahamad berkata pertandingan yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan.
“Penilaian dilakukan oleh hakim yang dilantik dari Pejabat Penerangan Daerah dan Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah,” katanya ketika sesi penilaian di Kampung Telok Kepayang Hilir, di sini, pada Khamis.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota Khairul Shahril Mohamed mengucapkan tahniah atas penganjuran pertandingan berkenaan.
“Ia satu cara untuk rakyat di sini menunjukkan rasa kecintaan terhadap negara setelah dua tahun tidak menyambut Hari Kebangsaan ekoran pandemik Covid-19,” ujarnya ketika ditemubual.
-ZS-