
Oleh Sharman A/L Subramaniam (Tg Karang)
TANJUNG KARANG, 22 Feb (Malaysiaaktif) — Pusat Transformasi Jahitan Tanjung Karang yang tertubuh dengan bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah membantu masyarakat kampung menjana kewangan hasil daripada kerja jahitan.
Sejak ditubuhkan, Bengkel Jahitan Tali Air, Tanjung Karang yang merupakan idea Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar, telah melahirkan golongan wanita yang mahir menjahit.
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini memuji usaha AIM dan Pusat Transformasi Jahitan dalam membantu masyarakat setempat secara berterusan.
Beliau berkata melalui inisiatif ini, lebih ramai penduduk yang mahir dalam bidang jahitan dapat menjadi usahawan kecil bagi menjana ekonomi masyarakat.
Beliau ditemui ketika merasmikan Pusat Transformasi Jahitan Tanjung Karang di sini petang tadi.
Turut hadir, Pengurus Besar Pembayaran AIM Mohd Ramai Kassim.