Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangor

Pusat Transformasi Jahitan Tg Karang Bantu Jana Pendapatan

By 22 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Sharman A/L Subramaniam (Tg Karang)

TANJUNG KARANG, 22 Feb (Malaysiaaktif) — Pusat Transformasi Jahitan Tanjung Karang yang tertubuh dengan bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah membantu masyarakat kampung  menjana kewangan hasil daripada kerja jahitan.

Sejak ditubuhkan, Bengkel Jahitan Tali Air, Tanjung Karang yang merupakan idea Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar, telah melahirkan golongan wanita yang mahir menjahit.

 

IMG_6771

 

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini memuji usaha AIM dan Pusat Transformasi Jahitan dalam membantu masyarakat setempat secara berterusan.

Beliau berkata melalui inisiatif ini, lebih ramai penduduk yang mahir dalam bidang jahitan dapat menjadi usahawan kecil bagi menjana ekonomi masyarakat.

Beliau ditemui ketika merasmikan Pusat Transformasi Jahitan Tanjung Karang di sini petang tadi.

Turut hadir, Pengurus Besar Pembayaran AIM Mohd Ramai Kassim.

 

Tinggalkan komen anda