Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

UMNO Terus Perjuangkan Hak, Kepentingan Sabah – Musa

By 22 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Muhammad Khairul Azad Yunus & Volintine Jiloh (Sabah)

 KOTA KINABALU, 22 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Sabah terus tekad perjuangkan hak dan kepentingan rakyat negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata, 25 tahun penubuhannya, UMNO Sabah bekerja secara berpasukan memperjuangkan agenda rakyat.

“Sabah terus menerima peruntukkan pembangunan dari Pusat kerana UMNO Sabah berjaya mengangkat hak kepentingan rakyat sebagai agenda nasional.

“Ahli UMNO tidak perlu takut kerana kita adalah sebuah kerajaan yang mempunyai track record  cemerlang membangunkan negeri ini,” katanya.

Beliau menyarankan agar generasi muda perlu dijelaskan mengapa UMNO dibawa masuk ke Sabah.

“Ketidak tentuan politik Sabah selepas beberapa dekad merdeka, merencatkan pembangunan sehingga kita jauh ketinggalan dibelakang negeri lain.

“Rakyat akhirnya sedar dan memilih UMNO sebagai wadah perjuangan.

“UMNO tidak datang untuk menjajah, UMNO tidak datang merampas hak rakyat Sabah, UMNO hadir atas kehendak kita ” jelasnya.

Musa turut mengucapkan tahniah kepada seluruh pejuang serta pendukung parti dari awal penubuhannya hingga menjadikan UMNO Sabah kukuh dengan keahlian seramai 546, 879 ahli.

“Saya telah meminta pihak sekretariat Perhubungan UMNO Negeri, dokumentasi untuk merekod legasi perjuangan UMNO Sabah. Ini penting untuk menghargai pejuang jiwa raga pemimpin UMNO Sabah terdahulu ” tambah beliau semasa merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak UMNO Sabah pagi tadi.

Mantan Ketua Penaja, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kimanis 1991, Awang Aslee Lakat berkata  UMNO Sabah menghadapi kesukaran awal penubuhannya.

” Pergerakan kita sukar, tetapi atas usaha dan bantuan rakan, kita dapat membuka beberapa bahagian dan cawangan.

“Ramai rakyat Sabah tidak memahami kenapa UMNO masuk ke negeri ini.

“Alhamdulillah, kesan penerangan yang disampaikan, keahlian UMNO bertambah hingga mempunyai keahlian yang teramai seluruh Malaysia,” jelasnya.

Timbalan Pengerusi Tetap, UMNO Bahagian Kinabatangan, Abu Bakar Ellah bersependapat dan merasakan rakyat menikmati manfaat dari pembangunan pesat, memiliki berbagai kemudahan dan infrastruktur moden ” katanya.

Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun  Said; Ketua – ketua Bahagian UMNO Sabah dan ahli UMNO dari seluruh Sabah.

 

Tinggalkan komen anda