
Oleh Hanisah Husain (Hulu Langat)
KAJANG, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Taklimat Media Sistem Pembayaran Tol Elektronik Sepenuhnya telah diadakan di Pejabat Operasi LEKAS, Plaza Tol Kajang Selatan pada jam 3.00 petang tadi. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) merangkap Timbalan Yang DiPertua PSKLM iaitu En. Sazally Saidi.
Menurut beliau, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan pembayaran tol, kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya akan dilaksanakan di 21 buah plaza tol bagi 5 lebuhraya bermula 2 Mac 2016 (Rabu), jam 12.00 tengahari. Plaza tol yang terlibat adalah:
1-Plaza Tol Awan Besar, Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
2-Plaza Tol Sunway, Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
3-Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
4-Plaza Tol Bukit Kiara, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
5-Plaza Tol Damansara, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
6-Plaza Tol Pantai, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
7-Plaza Tol Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
8-Plaza Tol Lagong, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
9-Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
10-Plaza Tol Ampangan, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
11-Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
12-Plaza Tol Semenyih, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
13-Plaza Tol Pajam , Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
14-Plaza Tol Mantin, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
15-Plaza Tol Sentul, Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
16-Plaza Tol Ijok, Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
17-Plaza Tol Kuang Timur, Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
18-Plaza Tol Kuang Barat, Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
19-Plaza Tol Kundang Timur, Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
20-Plaza Tol Kundang Barat, Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
21-Plaza Tol Templer, Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR)
Dengan pelaksanaan kutipan tol secara elektronik ini, pengguna lebuh raya perlu menggunakan kad Touch n Go atau SmartTag untuk melakukan transaksi bayaran tol di plaza tol yang disenaraikan. Bagi memastikan kelancaran operasi, pihak konsesi lebuh raya turut memastikan kemudahan Lorong Tambah Nilai dan penjualan Kad Touch n Go di lorong beroperasi 24 jam serta kakitangan akan ditempatkan di lorong tersebut bagi membantu pengguna jika terdapat sebarang isu yang dihadapi.
Selain itu, 10% kadar rebat juga diberikan kepada para pengguna (kenderaan kelas 1) bermula 2 Mac hingga 30 April. Insentif lain yang turut disediakan adalah pengedaran sebanyak 107,000 keping kad Touch n Go dan pembelian peranti SmartTag dengan harga subsidi iaitu RM99.00(tidak termasuk GST).
Menurut beliau lagi, waktu operasi Pusat Khidmat Pelanggan juga telah dipanjangkan iaitu bermula pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Sehingga kini, sebanyak 80% pengguna telah membuat bayaran secara ETC dan perkara memberi kesan yang positif terhadap penambah baikan dan kecekapan sistem tersebut.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah LLM, Dato’ Sr. Aziz Abdullah, Ketua Operasi LEKAS, Pn. Wan Salwani Wan Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif KESAS Sdn Bhd, Tuan Haji Imran Gulcharan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi KL-KS Expressway Bhd (GCE), Ir. Rostam Sharif Tami, Pengarah Pengawasan Touch n Go, En Idrus Mat Tais, wakil syarikat konsesi dan Touch n Go.