Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kebakaran Padang Ragut, Jejas Lalu Lintas

By 25 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohammad Abdul Rahman & Asli Ag.Damit (Sabah)

PAPAR, 25 Feb (Malaysiaaktif) –? Kebakaran padang ragut (belukar) Kampung Benoni, Papar berhampiran jalan raya utama laluan Kota Kinabalu ke Beaufort mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk sepanjang 6 kilometer dari kedua-dua  arah jalan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba dilokasi bertungkus – lumus memadamkan api yang dilihat cepat merebak akibat tiupan angin kencang. Punca kebakaran dua setengah hektar kawasan itu masih dalam siasatan pihak bomba dan penyelamat daerah Papar dan tidak menolak berpunca dari keadaan cuaca panas.

Saksi kejadian Faezul Ezri, 34, berkata, angin kencang mengakibtkan api semakin besar menyebabkan asap tebal yang menghadkan penglihatan pemanduan. Berikutan itu, pengguna jalan raya dari kedua arah jalan mula memperlahankan kenderaan bagi mengelak sebarang kejadian berlaku.

Kebakaran ini turut menghasilkan jerebu tebal hingga memaksa pihak Sekolah Agama Negeri (SAN) Kg.Benoni menghentikan sesi pembelajaran dan membenarkan pelajar sekolah pulang atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Pihak bomba dan penyelamat mengambil masa hampir 5 jam lebih untuk mengawal kebakaran tersebut. Namun begitu, tiada kemalangan jiwa ataupun  kerosakan harta benda dilaporkan.

Tinggalkan komen anda