
Oleh Azri Zainal Abidin dan Saharuddin bin Othman (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 28 Feb (Malaysiaaktif) – ‘Malaysia Book of Records’ memberi pengiktiran kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana berjaya menganjurkan Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan.
Pengiktirafan dalam kategori “Kayuhan Berbasikal Teramai” ini menarik sebanyak 16,647 penyertaan dalam acara yang berlangsung di sini pagi tadi.
Konvoi tersebut merupakan sebahagian daripada acara akhir sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hadir untuk menerima Sijil Pengiktirafan daripada pihak ‘Malaysia Book of Records’ dan seterusnya menyempurnakan pelepasan peserta.
Acara anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya dan Persatuan Berbasikal Putrajaya ini terbuka kepada seluruh penduduk Wilayah Persekutuan dan rakyat Malaysia yang lain.
Konvoi dibahagikan kepada dua kategori, masing-masing mengikuti laluan 10km dan 40km.
Konvoi ini adalah yang kelima dianjurkan sejak diperkenalkan pada 2012.