Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Karnival Jom JPJ Peringkat Negeri Selangor

By 28 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 28 Feb (Malaysiaaktif) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengadakan program Karnival Jom JPJ peringkat negeri Selangor bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Stadium Tertutup, Kuala Selangor.

Program dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Sri Ismail Ahmad. Dalam ucapanya beliau menyatakan bahawa konsep Jom JPJ adalah memberi perkhidmatan kepada masyarakat secara turun padang. Menurutnya tiga buah unit JPJ di bawa hari ini dengan 21 jenis perkhidmatan ditawarkan.

Datuk Sri Ismail Ahmad berkata JPJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang jalanraya. ‘Usaha JPJ melalui program tidak memberi impak yang besar kerana kadar kematian melibatkan kemalangan tetap meningkat setiap tahun,’ kata beliau.

Menurut beliau, Skuad Muda JPJ yang mempunyai 2 ribu keahlian dijangka akan meningkat kepada 1 juta keahlian menjelang 2020. Ia akan membentuk generasi baru dengan pengetahuan keselamatan jalanraya dan mendidik orang lain seterusnya mengurangkan kadar kemalangan jalan.

Tambah beliau, Skuad Muda JPJ juga akan menjadi sukarelawan yang akan melibatkan diri dalam membantu di tempat seperti berlakunya bencana.

Beliau juga menjanjikan untuk mewujudkan sebuah cawangan JPJ di daerah Kuala Selangor bagi memudahkan urusan penduduk Kuala Selangor.

Pelbagai aktiviti diadakan di sini antaranya pameran dan kaunter perkhidmatan dari pelbagai agensi swasta dan kerajaan. Pihak JPJ juga menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus terhadap pembayaran saman tertentu.

 

Tinggalkan komen anda