Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

Jelajah Kenduri 1 Wilayah Sampai Ke Penghujung

By 28 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Edawati [email protected] (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Malaysiaaktif) — Siri jelajah Kenduri 1Wilayah di 13 Kawasan Parlimen kini sampai ke penghujungnya. Sambutan tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya kerana pada tahun ini Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi dibawahnya telah merancang untuk turun padang ke setiap lokasi.

Pendekatan ini dianggap lebih mengeratkan hubungan pemimpin bersama rakyat dan mendengar sendiri permasalahan serta isu,” kata Menteri Wilayah Persekutuan,Tengku Adnan Mansor dalam ucapannya sempena Kenduri 1Wilayah Persekutuan Peringkat Parlimen Setiawangsa di Anjung Bestari AU3 Keramat hari ini.

Tambah beliau, majlis seumpama ini mengeratkan hubungan antara komuniti melalui pelbagai aktiviti, termasuk rewang  yang mengembalikan nostlagia tradisi lampau.

Tengku Adnan turut menyeru agar rakyat tidak cepat melatah dengan tindakan yang diambil  oleh kerajaan kerana mkenurut beliau setiap tindakan kerajaan adalah untuk kesenangan rakyat.

Majlis hari ini turut diserikan dengan persembahan dikir barat, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka dan cabutan bertuah.

Dalam majlis yang sama, pihak K1M AU3 menyampaikan cenderahati kepada tetamu berupa produk keluaran komuniti.

Lebih 2000 orang hadir bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin.

 

Tinggalkan komen anda