
Oleh Hamidah Md Drus (Jempol)
GEMAS, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Pertandingan Azan dan Hafazan yang dianjurkan oleh Komuniti 1Malaysia (K1M) Palong 2 semalam dapat mengumpulkan kira-kira 40 orang murid sekolah rendah dan menengah .
Pertandingan ini yang merupakan salah satu pengisian bagi Program Info K1M Felda Palong 2 diadakan bagi mendekatkan murid-murid sekolah di Felda berkenaan dengan aktiviti berbentuk keagamaan dan sebagai inisiatif bagi mencari bakal imam yang mampu menjadi pemimpin yang baik di masa depan.
Senator Datuk Mohd Salim Shariff
Disamping pertandingan tersebut, diselitkan juga acara cabutan bertuah.
Turut hadir, Ahli Dewan Negara dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Senator Mohd Salim Mohd Sharif.