Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[VIDEO] Sidang DUN Belia Negeri Sembilan Bermula

By 12 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Faizal Abdul Hamid / Faizal Ishak (Seremban)

SEREMBAN, 12 Mac (Malaysiaaktif) — Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Zaifulbahri Idrissemalam merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Belia Negeri Sembilan kali kedua Penggal Kedua 2015 di sebuah hotel di Seremban.

Persidangan DUN Belia ini berlangsung selama tiga hari bermula 11 Mac hingga 13 Mac ini.

Seramai 66 ahli DUN Belia turut hadir bersama para perwakilan yang mula bersidang mulai hari ini.

Dalam ucapannya. Zaifulbahri berharap agar para ahli DUN Belia yang berhimpun ini dapat berbincang dan membawa  isu-isu belia, terutama di Negeri Sembilan bagi mengemukakan resolusi atau cadangan untuk dibawa kepada kerajaan negeri.

 “Saya juga berkeyakinan bahawa persidangan ini dapat memberi manfaat kepada golongan belia dan menjadi titik tolak kepada penyelesaian permasalahan belia kini,” ujarnya.

Ahli DUN Belia juga disaran agar dapat mencari golongan belia di luar sana untuk mendaftarkan mereka sebagai pendaftar pengundi yang dilihat masih rendah dikalangan belia terutama kaum Melayu.

 

Tinggalkan komen anda