Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Resipi Istimewa Bubur Lambuk Pengkalan Perigi

By 12 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh M. Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 12 Mac (Malaysiaaktif) — Bubur Lambuk sememangnya tidak asing lagi dengan masyarakat Malaysia, terutama bila tiba Ramadan.

Sempena Program Sepakat Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Daerah Melaka Tengah, jawatankuasa K1M Pengkalan Perigi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundur bergotong royong menyediakan Bubur Lambuk Pengkalan Perigi yang mendapat sambutan hangat semasa Ramadan. Resipi turun temurun di kampung ini menjadikan Bubur Lambuk Pengkalan Perigi sedap dan menyelerakan.

 

20160311204213 (1)

20160311204126 (1)

Tukachil Zakaria: istimewa kerana rempah yang diadunkan.

 

Pengerusi K1M Pengakalan Perigi, Tukachil Zakaria 65, berkata resipi istimewa Bubur Lambuk disini adalah campuran rempahnya yang telah diadun dengan secukup rasa membuatkan bau dan rasanya berbeza daripada Bubur Lambuk di kawasan lain.

Bubur Lambuk yang siap dimasak akan diedarkan bermula pukul 2.00petangini.

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dijangkan akan bersama dalam program petang ini.

Tinggalkan komen anda