Skip to main content
Berita TengahMAPutrajaya

Kerajaan Perkenal Rangkaian Kedua 5G Awal Tahun Hadapan

By 3 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
5G-DNB
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hisham Salleh/Azali Syam

PUTRAJAYA, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Model pelaksanaan 5G di Malaysia akan digantikan kepada dwirangkaian, sebaik sahaja pelaksanaan sedia ada (Rangkaian Tunggal) di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, peratusan tersebut dijangka akan dicapai pada akhir tahun ini.

“Pelaksanaan 5G fasa dua yang dijangka bermula Januari 2024, akan dibuat menerusi entiti baharu yang akan dikenal pasti kelak, dengan segala proses dibuat secara tender terbuka,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan 5G di sini hari ini.

Ujarnya, peralihan tersebut akan memanifestasikan keterangkuman melalui penyertaan penuh penyedia perkhidmatan, tanpa menjejaskan langganan 5G sedia ada pada kadar yang berpatutan untuk rakyat.

“Model itu turut mengambil kira kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia, sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB,” tambah beliau.

-HS-

Tinggalkan komen anda