Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Aktiviti Persatuan Martabat Adat dan Budaya Pribumi Sabah

By 3 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned (Sabah)

TUARAN, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Persatuan Kebajikan Prihatin Pribumi Sabah mempamerkan barang antik bersejarah daripada pelbagai suku pribumi Sabah.

Menurut Penasihat Persatuan Cawangan Tuaran, Steven Ampilah, 59, membuka pondok pameran persatuan ini dapat memberi peluang kepada pengunjung melihat dan mengetahui sejarah barangan serta tradisi kaum Pribumi Sabah.

“Aktiviti seperti ini perlu untuk menjaga, memartabatkan adat dan keunikan budaya kaum pribumi di Sabah selain mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum.

“Pameran ini juga salah satu inisiatif yang baik bagi membolehkan generasi pelapis tidak lupa tentang tradisi kaum masing-masing.

“Semua barang antik yang dipamerkan adalah milik sendiri ahli-ahli persatuan”, kongsinya ketika ditemui di Pameran Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, di sini Isnin lalu.

Persatuan yang diterajui oleh Remzie Kisi mempunyai cawangan hampir di setiap daerah di negeri Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda