
Laporan/foto: Mohd Yusof Abd. Samad
TANGKAK, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang pesara polis hadir di Majlis Perasmian Mesyuarat Agong ke-10 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Cawangan Tangkak di Dewan Dato’ Abd. Ghani, Padang Lalang, di sini kelmarin
Menurut Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh perhimpunan sebegini dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain khususnya di antara ahli-ahli dalam persatuan itu sendiri.
“Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh polis sewajarnya disanjung serta dihargai oleh masyarakat terutama dalam menjamin kesejahteraan semua,” katanya.
Yang Di Pertua Persatuan Pesara Polis Cawangan Tangkak Mohd Idris Shamsuri, berkata idea dan usaha yang tekun wajar dilaksanakan bersama agar dapat membangunkan persatuan menjadi lebih baik.
Bantuan kewangan turut disampaikan oleh Ahli Parlimen Ledang kepada pesara polis yang terkesan akibat banjir yang melanda kediaman mereka baru-baru ini.
Turut hadir isteri-isteri pesara polis yang telah meninggal dunia serta ahli keluarga terdekat.
-ZS-