Skip to main content
Berita TengahMAPutrajaya

Perdana Menteri Menyeru Semua Pekerja Banteras Rasuah

By 2 Mei 2023Mei 3rd, 2023Tiada komen1 minit bacaan
PM.LABOUR

Laporan/foto: Hisham Salleh/Azali Syam

PUTRAJAYA, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh golongan pekerja berganding bahu memerangi rasuah untuk memastikan ekonomi negara berkembang maju.

Beliau turut mengajak semua pihak untuk bekerjasama mengukuhkan pembangunan sumber manusia negara dalam menghadapi cabaran masa hadapan,

“Kita mesti berusaha dan bekerja kuat demi memastikan Malaysia terus maju dalam tahun-tahun mendatang,” katanya sebelum merasmikan majlis sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan “Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI” di sini semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan komitmen beliau untuk membuat kajian semula terhadap gaji penjawat yang tidak memuaskan terutamanya di peringkat rendah.

“Bagi saya tempoh setahun, kalau ada trend peningkatan hasil, yang utama adalah upah penjawat awam.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

-HS-

Tinggalkan komen anda