Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Penduduk Hang Tuah Jaya Boleh Salurkan Aduan Melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen

By 2 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)

MELAKA, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Rakyat Melaka terutama di Parlimen Hang Tuah Jaya boleh menyalurkan sebarang aduan dan permasalahan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Hang Tuah Jaya di Pusat Perniagaan Putra Sentosa, Bukit Baru, di sini.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim, pusat khidmat ini telah beroperasi sejak beliau menjadi wakil rakyat namun akibat kekangan masa perasmian pejabat ini terpaksa beberapa kali ditunda.

“Rakyat Melaka terutama bagi Parlimen Hang Tuah Jaya bolehlah hadir sekiranya mempunyai sebarang masalah di mana mereka akan segera dibantu.

“Sebaiknya aduan tersebut dibuat melalui beberapa kakitangan serta agensi-agensi yang terlibat bagi menyelesaikan sesuatu isu,” katanya semasa merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Hang Tuah Jaya, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda