
Laporan / Foto : Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)
KANGAR, 21 Mac (Malaysiaaktif) — Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perlis, Abdul Halim Abdullah kembali ke rahmatullah pada pukul 8.00 malam tadi di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Jenazah dikebumikan pada pukul 11.00 pagi tadi di Tanah Perkuburan Masjid Ibnu Sina, Dato Kayaman, Mata Ayer.
Allahyarham yang berusia 59 tahun, meninggal dunia akibat sakit jantung.