Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

1500 Rai Semarak K1M Johor

By 21 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
 Oleh Mazlin binti Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Kira-kira 1500 orang membanjiri Padang Hoki Batu Pahat pada Sabtu untuk memeriahkan program Semarak Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Johor 2016 anjuran Jabatan Penerangan Johor.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (Penerangan Strategik), Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, tujuan K1M ditubuhkan bukan sahaja untuk mengeratkan perpaduan antara kaum dan menjaga kebajikan, malah supaya dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi.

Pelbagai pameran dan gerai telah dibuka sepanjang program berlangsung. Aktiviti lain yang turut diadakan adalah acara sukaneka antara komuniti, pertandingan gubahan berasaskan tuala, gubahan sireh, masakan berasaskan daging dan labu serta pertandingan puzzle kenegaraan.

Ahli-ahli K1M yang hadir terdiri daripada 21 K1M dan Komuniti Bukan Melayu Batu Pahat serta 10 daerah lain di bawah K1M negeri Johor.

Di program yang sama, majlis penyampaian watikah Penubuhan K1M 2014 dan 2015 turut diadakan.

Turut hadir Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad.

Tinggalkan komen anda