Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Hargai Alam Sekitar, Peka Cuaca Panas – Masidi

By 21 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Asmidar Zainol , Azman Jumat & Mastim Kiriman (Sabah)

KOTA KINABALU, 21 Mac (Malaysiaktif) –?Masyarakat Sabah diseru untuk tidak mementingkan diri sendiri dan peka kepada alam sekitar terutamanya ketika cuaca panas kini.

Di Kundasang, suhu meningkat  menjadi 27 darjah celcius berbanding 18 hingga 20 darjah celcius sebelum ini. Tamparuli pula mencatat 34 darjah sementara Ranau 33 darjah celcius.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata demikian ketika merasmikan Program Earth Hour, Ahad malam.

Tambah Masidi, suhu di beberapa daerah di sini telah meningkat dan agak mengejutkan.

Justeru, masyarakat di negeri ini perlu berjimat-cermat menggunakan air bagi mengelak masalah catuan yang mungkin berlaku.

Disebabkan cuaca panas dan kekurangan air di kawasan pedalaman, kerajaan telah menghantar bekalan air dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya cuaca panas berterusan,” jelasnya.

Sementara itu, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Yeo Boon Hai berkata tahun ini sambutan Earth Hour disertai 1,500 orang termasuk 17 agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Seramai 400 peserta turut terlibat dalam acara berbasikal malam sebagai salah satu pengisian Earth Hour.

“DBKK turut membawa cosplay Adi Wira seperti Iron Man, Transformers, Doremon dan sebagainya, membuat tanglung daripada peralatan terpakai, persembahan buskers dan lain-lain lagi.

“Orang ramai berpeluang untuk melihat objek-objek angkasa melalui aktiviti pencerapan bulan dan planet yang diselia oleh Persatuan Sabah Stargazer,” ujar Yeo lagi.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk menggunakan air dengan sebaiknya, tidak membuat pembakaran terbuka serta mengelak keluar rumah sekiranya tiada urusan penting dan banyak minum air.

Jorgen Glan, 30 dari Sweden berkata, ini merupakan kali pertama dirinya menyertai sambutan Earth Hour.

“Saya dan rakan sangat teruja apabila melihat aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Kami sempat melihat planet Musytari dan bergambar dengan cosplay Ironman,” ujar Jorgen.

Tinggalkan komen anda