Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Rojak Tonggek Tetap Jadi Pilihan

By 21 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Muhamad Zaini Dollah

KEPALA BATAS, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Cuaca panas dan kering ketika ini tidak menggugat peniaga Rojak Tonggek untuk terus mencari rezeki di sini.

Penjaja lori pikap Rojak Tonggek, Usli Mat Yunus, 48, berkata, sejak cuaca panas melanda negara, rezeki jualan rojaknya seakan terus meningkat kerana hampir setiap masa pelanggan tidak putus-putus datang ke gerainya untuk menikmati rojak buah.

9d9d1f59-2949-41d1-a9be-4aee75e03c3a

Selain daripada pemilihan buah-buahan segar, tarikan utama Rojak Tonggek terletak pada resipi warisan kuahnya yang lazat, ujar beliau lagi.

Tambahnya, buah-buahan yang paling digemari pada musim panas adalah betik, tembikai susu, tomato, nenas, timun dan sengkuang kerana boleh menyejukkan badan.

Harga untuk secucuk buah-buahan ialah RM0.50, manakala buah-buahan potong dan air dijual dengan harga RM1.00 sebungkus.

Usli memulakan perniagaannya bermula dari 11.30 pagi sehingga jam 5.30 petang di jalan utama Tun Hamdan Sheikh Tahir.

 

Tinggalkan komen anda