Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Semarak Subuh Disambut Baik Jemaah Masjid

By 5 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 50 jemaah hadir ke Program Semarak Subuh Peringkat Daerah Segamat 2024 DUN Buloh Kasap di Masjid As Syuhada Taman Bukit Lentang Gemas Baru, di sini pagi tadi.

Program inisiatif Kerajaan Negeri Johor itu bertujuan menyemarakkan semangat cintakan masjid dan surau serta keazaman untuk mengimarahkannya.

Pengerusi masjid Mohamad Gazali Maslan, 69, teruja dengan sambutan yang diterima oleh pihaknya semasa program tersebut berlangsung.

“Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana Program Semarak Subuh berjalan dengan lancar.

“Walaupun cuaca kurang mengizinkan namun ramai ahli kariah dan tetamu luar hadir mengimarahkan program dan ahli jawatankuasa kariah teruja dengan sambutan di luar dugaan ini,” katanya.

Selain solat subuh berjemaah terdapat pengisian lain antaranya ialah solat qabliyah, bacaan surah al-Kahfi dan tazkirah subuh.

Turut hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Zahari Sarip, Ahli Majlis Perbandaran Segamat Zon Batu Anam Mohd Aidil Othman dan wakil Pejabat Kadi Segamat Imam Yazid Afiq.

-ZS-

Tinggalkan komen anda