Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Wayang Pacak JaPen Sarat dengan Mesej Sejarah

By 7 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal/Shahrizan Ismail (Batang Padang)

TAPAH, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamid Khan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang memilih untuk menganjurkan program tayangan wayang pacak sempena penutupan sesi persekolahan tahun 2023, di padang sekolah berkenaan, malam semalam.

Pemilihan filem Mat Kilau dalam program tersebut pula bertujuan menyampaikan mesej penghayatan sejarah dan semangat perjuangan pahlawan menentang penjajah.

Timbalan Pengerusi PIBG Hatta Ali, 54, berkata peranan Jabatan Penerangan (JaPen) yang sinonim dengan wayang pacak sejak dahulu amat penting dan wajar diteruskan.

“Filem ini bukan saja diminati oleh pelbagai lapisan umur bahkan mesej yang disampaikan mampu menyuntik semangat patriotik kepada semua lapisan masyakat,” katanya.

Sementara itu, pelajar Mohamad Aqeef Daniel, 11, berkongsi pengalaman menonton wayang pacak.

“Ini kali pertama saya menonton filem Mat Kilau dan pengalaman pertama juga menonton filem menerusi layar besar di padang sekolah. Ternyata ia amat menyeronokkan apabila dapat menonton bersama rakan-rakan.”

“Selain mengerat tali persaudaraan, kami sama-sama dapat meneladani mesej dan pengajaran yang disampaikan melalui filem yang ditayangkan,” ujarnya ketika ditemui.

Turut berlangsung taklimat berkaitan Jenayah Buli yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Mohd Naim Asnawi.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Osman Mohamed Bahari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda