Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Media Perantara Komunikasi Berkesan Pencegahan Rasuah

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili/Chua Shim Choon (Sarawak)

KUCHING, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Media merupakan perantara komunikasi berkesan dalam meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki, berkata peranan media dari dahulu hinggalah sekarang adalah untuk mendidik masyarakat supaya mereka dapat memahami tentang isu-isu rasuah dan membenci rasuah.

“SPRM turut menggunakan platform media sosial di samping media elektronik dan media cetak sedia ada namun berharap agar media terus menulis berita walaupun isu tersebut panjang,” kata Azam Baki semasa Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Sarawak, di sini semalam.

Tambahnya, beliau memuji kerajaan Sarawak dalam meluluskan Rang Undang-Undang Ordinan Ombudsman Sarawak yang antara lain untuk mencegah rasuah dengan melihat kepada isu-isu tadbir urus.

Ujarnya, SPRM Sarawak akan membantu kerajaan Sarawak dengan menempatkan pegawai di bahagian Ombudsman berkenaan.

Seramai 50 orang pengamal media tempatan telah menyertai program tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda