Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Cuaca Panas Tahap 1 di Sik, Orang Ramai Diminta Kurangkan Aktiviti Luar

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)

SIK, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di tiga kawasan di Kedah dan fenomena ini dijangka berterusan selama tiga hari berturut-turut.

Daerah Sik, Baling dan Pokok Sena menjadi lokasi cuaca paling panas di Semenanjung dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik, Lt. (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, kelmarin berkata cuaca panas ini dijangka berlarutan hingga hujung Mac atau awal April depan apabila fasa peralihan monsun berlaku.

Aishah turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah berikutan cuaca panas yang boleh menyebabkan strok haba.

“Cuaca panas juga turut mengundang reptilia berbisa seperti ular yang memasuki kediaman bagi mencari tempat yang lebih sejuk untuk berlindung khasnya bilik air,” ujarnya.

“Selain daripada itu, elakkan aktiviti pembakaran terbuka kerana tidak sesuai dilakukan pada musim kering serta khuatir berlaku insiden tidak diingini,” jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda