Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

KESEDAR Komited Membantu Usahawan Luar Bandar

By 22 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suhaimi Nik Wil/Zulfadli Ab.Hamid

KUALA KRAI 22 Feb (Malaysiaaktif) – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dilihat sangat komited dalam usaha membantu usahawan luar bandar untuk terus mengembangkan perniagaan.

“Saya bersyukur kerana mendapat pandangan dan bantuan khidmat nasihat daripada pihak KESEDAR untuk meneruskan perniagaan ini.

“Alhamdulillah sehingga ke hari ini bekalan ikan untuk masakan kepada pelanggan masih lagi belum putus dan ianya diperolehi melalui pembekal tempatan yang memperolehinya menerusi kaedah tangkapan pukat dan memancing,” kata pemilik Warung Kopi Mambong Gulai Po’yok Asmadi Muda, 44, di sini semalam.

Menurut Asmadi, kedainya yang terletak berhampiran Tangga Kuala Krai itu dibuka pada 30 Januari lalu beroperasi setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam menawarkan pelbagai masakan gulai tempoyak ikan sungai seperti patin, baung dan lapan.

Salah seorang pelanggan yang ditemui Hong Peng Hai, 66, melahirkan rasa puas hati dengan kualiti masakan tempoyak ikan sungai yang enak dan menyelerakan dengan harga yang berpatutan.

“Warung sebegini sewajarnya mendapat liputan yang meluas menerusi laman sosial dan juga kaca televisyen untuk membolehkan orang ramai datang menjamu selera secara berkumpulan dan keluarga supaya dapat meningkatkan pendapatan masyarakat setempat,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda