Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Masyarakat Berperanan ‘Menjaga Tepi Kain Orang’ Elak Kes Pengabaian Kanak-Kanak

By 5 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu berperanan ‘menjaga tepi kain orang’ bagi mengelakkan berlakunya kes pengabaian yang melibatkan kanak-kanak.

Kalai ketika menyampaikan ucapan.

“Pendedahan tanggungjawab sosial komuniti seperti ini, ‘menjaga tepi kain orang’ apabila mendapati ada kanak-kanak terabai, ia adalah perlu kerana banyak agensi yang akan membantu mangsa berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga agensi lain yang bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kes pengabaian kanak-kanak seperti kes penderaan.

“Program yang bermanfaat seperti ini akan diteruskan lagi di masa hadapan bagi meningkatkan lagi kesedaran terhadap masyarakat tempatan berkenaan pengendalian kes pengabaian, penderaan atau penganiayaan melibat kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke bawah,” ujarnya.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis Kalai Kumar Peryasamy, berkata demikian ketika ucapan penutup Program Sumbang Bakti Skuad Waja Perlis 2024, semalam.

Menurut Kalai lagi, program sebegini mendedahkan kepada masyarakat berkenaan pentingnya agar menjaga keperluan dan kebajikan kanak-kanak dengan sebaiknya.

Inspektor Fatin Hazwani Zulkiflee Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis metika memberikan ceramah ‘Pengabaian Membawa Padah’.

Sumbang Bakti Skuad Waja Perlis 2024 merupakan satu platform bagi memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling untuk lebih peka akan keadaan kanak-kanak sesebuah keluarga dalam komuniti masing-masing agar tidak terabai dari sudut keperluan asas mahupun kebajikan.

Bermula dengan segmen Keluarga Sihat dan Ceria (Funrobik Kasih Keluarga Skuad WAJA) dan diakhiri dengan slot Ziarah Psikososial Warga Emas, program tersebut turut dipenuhi dengan slot daripada pelbagai agensi seperti JKM, PDRM dan LPPKN.

Program kerjasama antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Perlis, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dan Pusat Khidmat ADUN Bintong itu berlangsung di Dewan Orang Ramai, Kampung Kubang Arang, di sini dengan penglibatan seramai 85 peserta.

Turut hadir Pengerusi Majlis Gabungan Persatuan Wanita (NCWO) Perlis Datuk Mastika Junaidah Husin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong Fakhrul Anwar Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda