Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Ibu Tunggal Rai Kejayaan Anak Kembar

By 5 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin

Jannah dan Huda semasa pengumuman keputusan SPM di Sekolah Menengah Peramu Jaya.

PEKAN, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Membesarkan anak berseorangan adalah terlalu sukar namun semua itu terbalas dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang amat membanggakan seorang ibu.

Saloma Ramli, 58, memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas kejayaan yang diperolehi oleh anak kembarnya Nuruljannah Khaliluddin, 18, dan Nurulhuda Khaliluddin, 18, yang memperolehi keputusan 8A pada SPM 2023 yang lalu.

“Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa susahnya saya pada masa dahulu, sewaktu membesarkan anak-anak masih kecil, saya tiada pekerjaan tetap tetapi saya yakin Allah akan menjaga kami semua.

“Saya hantar anak-anak saya ke sekolah dengan basikal, tak kira panas atau pun hujan kerana saya nak anak-anak saya ada pelajaran untuk masa depan mereka,” ujar Saloma ketika dihubungi Malaysia Aktif semalam.

Saloma, berkata pasangan kembar ini kehilangan bapa mereka semasa mereka dalam kandungan dan sebagai suri rumah sepenuh masa, beliau membesarkan enam orang anak bersendirian dengan hanya memperolehi pendapatan membuat kuih dan dijual di kantin sekolah.

Pasangan kembar Jannah dan Huda kini menantikan kemasukan ke institut pengajian tinggi. Mereka berdua berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan menjadikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pilihan utama.

-ZS-

Tinggalkan komen anda